Langsung ke konten utama

Biografi Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Forum Muslim - Beliau adalah pengarang Rotib Al-Haddad. Namanya sangat masyhur, karomahnya dikenal luas di segala penjuru umat Islam sedunia. Beliau adalah salah satu cucu Rasulullah SAW yang memberikan nafas pencerahan bagi kehidupan.
Nasab beliau sampai kepada Rasulullah. Berikut selengkapnya:
Abdullah bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad[1] bin Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrahman bin Alwi[2] bin Muhammad[3], bin Ali[4] bin Alwi bin Muhammad bin Alwi[5] bin Ubaidillah bin Ahmad[6] bin isa[7] bin Muhammad[8] bin Ali[9] bin Jaafar Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib dan juga putra Fathimah binti Rasulillah Muhammad.
Dilahirkan pada hari Senin 5 Safar 1044 H di Subair (sebuah perkampungan di pinggir bandar Tarim – Hadramaut). Di masa kecilnya beliau dijangkiti penyakit campak, lalu beliau buta kerananya. Akan tetapi Allah telah menggantikan untuknya cahaya pada hatinya untuk melihat, serta kebersihan jiwanya.
Latar Belakang Pendidikan
Imam Al-Haddad tumbuh dalam penjagaan kedua ibubapanya, iaitu Habib Alwi bin Muhammad AlHaddad, seorang yang soleh lagi dikenali dengan ketaqwaanya. Ibunya yang bernama Syarifah Salma binti Idrus bin Ahmad Al Habsyi, seorang wanita solehah.
Imam Al-Haddad membesar dalam lingkungan keluarga yang baik, dimasa kecilnya beliau menyibukkan diri untuk menghafal Al-Qur'an, dan bermujahadah untuk mencari ilmu, sehingga berjaya mendahului rakan-rakannya. Bahkan dengan kegigihannya dalam mencari ilmu, beliau berjaya mendahului sebahagian guru-guru beliau, sehingga sebahagian daripada mereka menjadi murid setelah sebelumnya menjadi guru.
Salah seorang daripada mereka adalah Sheikh Bajubair, dimana imam Al Haddad telah berguru kepada Sheikh Bajubair dalam ilmu Fiqh, dan telah belajar kitab Al Minhaj (kitab Fiqh madzhab Imam Syafi'i). Sheikh Bajubair merantau ke negeri India, setelah beberapa lama berada disana, lalu kemudian beliau kembali ke Hadramaut dan belajar kepada Imam Al-Haddad kitab Ihya'ululmuddin.
Hal ini menunjukkan akan keluasan ilmu Imam Al-Haddad yang diberikan oleh Allah kepadanya sesuai dengan firmanNya:

وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْماً الكهف: ٦٥

"Dan Kami telah ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ البقرة: ٢٨٢

"Dan takutlah kepada Allah, dan Allah mengajarkanmu.."
Ahli keluarga Imam Al Haddad
Ayah beliau bernama Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad, seorang yang soleh yang tergolong dalam golongan Al'Arifin. Imam Al-Haddad sendiri pernah berkata: "sesungguhnya ayahku ini suci dan mensucikan".
Sakit menimpa ayahanda Imam Al-Haddad sehingga beliau wafat pada malam Senin awal bulan rajab setelah mengucap kalimah لا إله إلا الله .

Setelah 5 hari ayahanda Imam Al-Haddad meninggal dunia, ibu beliau Syarifah Salma sakit selama lebih kurang 20 hari, lalu kemudian meninggal dunia setelah mengucap syahadah pada hari Rabu 24 Rajab 1072 H, bertepatan pada waktu Dhuha.
Berkata Imam Al-Haddad: "Aku memuji dan bersyukur kepada Allah, oleh karena mereka berdua (yakni kedua ibu bapaknya) meninggal dunia dalam keadaan yang diridhai, di zaman yang penuh dengan fitnah, sementara mereka berdua telah wafat dalam keadaan yang baik dan memberikan berita gembira, yaitu keselamatan".
Imam Al-Haddad mempunyai 3 orang saudara, mereka adalah: Omar, Ali, dan Hamid. Beliau kerap menulis surat kepada mereka yang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan pengajaran-pengajaran. Akan tetapi, surat-menyurat beliau kepada Hamid (saudaranya) lebih kerap, hal ini mungkin disebabkan oleh karena jauhnya jarak antara mereka berdua, oleh kerana beliau (Habib Hamid) tinggal di India dan meninggal dunia di sana pada 1107 H. Dari isi kandungan surat-surat itu tampak satu pertalian hubungan persaudaraan yang menggambarkan akan kesungguhan kasih sayang dan kecintaan di antara mereka.
Imam Al-Haddad mempunyai 6 orang anak lelaki, mereka adalah: Hasan, Alwi, Muhammad, Salim, Husain, dan Zain.
Beliau seorang ayah yang penyayang terhadap anak-anaknya, beliau memberikan gelar-gelar terhadap mereka. Seperti gelaran Ameer (pemimpin) untuk Husain, Sholeh (orang yang banyak amal ibadahnya) untuk Alwi, Hakim (sifat bijaksana) untuk Hasan, dan syekh (guru besar) untuk zain.
Berkata Imam Al-Haddad tentang anaknya Muhammad: "sesungguhnya anakku Muhammad telah mendapat derajat wilayah yang sempurna".
Sehingga dengan demikian beliau dipilih untuk menggantikan ayahandanya di dalam pehubungan antara kabilah-kabilah untuk mendamaikan antara puak-puak yang berselisih. Contohnya beliau berjaya memadamkan api peperangan antara 2 kabilah yang berselisih, dengan menikah dengan kabilah Aal Bakatsir ( keluarga Bakatsir) demi mempererat hubungan antara kabilah-kabilah yang bersenjata. Beliau meninggal dunia di Dzamar.
Adapun Hasan dan Alwi dikenali dengan keilmuannya, dan mereka menggantikan kedudukan ayahanda mereka dalam tugas mengajar ilmu-ilmu, dan memberi makan fakir miskin, menerima tamu-tamu asing ataupun tamu-tamu khas yang datang dari luar.
Imam Al-Haddad pernah berdoa untuk anaknya Hasan: "Hasan (artinya yang baik-red) semoga Allah membaikkan di belakangmu".
Dengan doa itu beliau mempunyai dzuriat yang baik dan banyak dari kalangan ulama. Beliau (Hasan) meninggal dunia di Tarim pada tahun 1188 H, adapun Alwi meninggal dunia di Mekkah setelah menunaikan ibadah haji, dan di kebumikan hampir berdampingan dengan makam Sayyidah Khadijah R.A pada tahun 1153 H.
Zain telah berhijrah ke Iraq setelah ayahandanya meninggal dunia, beliau sangat dihormati di negeri itu disebabkan oleh karena pengaruh ayahandanya yang begitu luas sehingga ke negeri Iraq. Beliau meninggal dunia di negeri Oman bertepatan dengan perkampungan Sheer, pada tahun 1157 H. Adapun Salim, beliau menetap di negeri Misyqash dan mempunyai dzuriat di sana, lalu kemudian kembali ke kampung halamannya Tarim dan meninggal dunia di sana pada tahun 1165 H. Sementara Husain, sakit menimpa beliau, lalu beliau meninggal dunia karena sakit.
Dzuriyat Imam Al-Haddad tersebar di seluruh dunia, baik di Hadramaut (tanah airnya) ataupun di negara lain, seperti Saudi Arabiya, Negara-negara teluk, Malaysia, Indonesia, Singapura, India, dll. Sebagaimana dikatakan bahwa:
"Allah telah memberi keberkatan kepada Imam Al-Haddad melalui anak muridnya, anak keturunannya dan kitab-kitabnya. Semoga Allah mengekalkan dan memelihara keberkatan ini pada kitab-kitab dan keturunannya, serta memelihara mereka untuk berjalan mengikut datuk mereka, dan menjadikan mereka sebaik-baik penerus kepada pendahulu mereka."
Imam Al-Haddad berkata:
"Kami akan berjalan di atas landasan dan garis Nabi Muhammad, dan landasan para salaf (pendahulu kami) sedaya upaya kami. Sungguh yang nampak dari kami adalah penyebaran ilmu, bukan untuk menampakkan perkara yang lain".
Ini sesuai Firman Allah:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ

وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
الطور: ٢١

"Orang-orang yang beriman dan di ikuti oleh anak cucunya ( keturunannya) dengan keiamanan, Kami  perhubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu, dan tidaklah kami kurangkan pahala amalan mereka sedikitpun, setiap manusia tergadai (terikat) oleh usahanya masing-masing."
Guru-guru Imam Al Haddad
Telah dicatatkan bahwa, jumlah guru-guru Imam Al-Haddad melebihi 140 guru. Beliau telah mengambil ilmu dan bertalaqi daripada mereka. Terutama sekali adalah: Habib Abdurrahman bin Shkeikh Maula 'Aidid, Habib Omar bin Abdurrahman Al-'Attas, Habib Sahl bin Muhammad Ba Hasan, Habib Aqil bin Abdurrahman bin Aqil Al-Seggaf, dan juga Habib Muhammad bin Alwi Al-Seggaf (yang tinggal di Mekkah) dll.
Murid-murid Imam Al Haddad
Murid-murid utama Imam Al Haddad adalah terdiri dari ahli keluarganya sendiri, terutama anak-anak beliau. Adapun dari selain ahli keluarga beliau mereka adalah: Habib Ahmad bin Zain Al Habshi, Habib Muhammad bin Zain bin Semait, Habib Omar bin Zain bin Semait, Habib Omar bin Abdurrahman Al Baar, Habib Abdurrahman bin Andullah Ba Al-Faqih, Habib Muhammad bin Omar bin Taha Al-Seggaf, dll.
Al-Hawi yang diberkati
Al-Hawi adalah sebuah kawasan yang bedekatan dengan bandar Tarim, Imam Al Haddad menetap disana (Al-Hawi) pada tahun 1099 H. Syed Muhammad bin Ahmad Al-Syathiri –Sejarawan dari hadramaut- berkata:
"Sesungguhnya Habib Abdullah Al-Haddad mendirikan Al-Hawi semata-mata untuk mempunyai tapak yang berdiri sendiri untuknya dan ahli keluarganya serta para pengikutnya, dan tidak tertakluk kepada kekuasaan Qadi Tarim pada masa itu. Ia merupakan tempat yang strategis untuk mendapatkan segala yang baik daripada Tarim, dan kawasan yang terlindung dari segala fitnah dan kejahatan dari tempat itu. Dengan demikian Al-Hawi menjadi kawasan yang selamat lagi dihormati."
Imam Al-Haddad membangun rumahnya di Al-Hawi pada tahun 1074 H, lalu berpindah pada tahun 1099 H. Beliau membangun masjidnya berhampiran dengan rumahnya, dan mengajar di sana selepas sholat asar setiap hari, dan pagi hari kamis dan Senin, serta Hadrah pada setiap malam Jum'at selepas solat Isya'. Maka dengan berbagai aktivitas, Al-Hawi menjadi tumpuan kepada para ulama', dan orang-orang soleh, serta tempat perlindungan bagi kaum fakir miskin, dan merupakan tempat selamat, aman, dan tenteram.
Haji dan Ziarahnya
Pada tahun 1079 H, Imam Al-Haddad telah berangkat untuk menunaikan ibadah haji. Setelah sampai di Mekkah, ramai penduduk Mekkah yang menyambut kedatangan Imam Al-Haddad, dan beliau tinggal di rumah Syeikh Husain Ba Fadal, beliaulah yang melayani sendiri kepada Imam al Al-Haddad.
Imam Al-Haddad menceritakan keberadaannya di rumah Syekh Husain Ba Fadal, beliau berkata:
"Sesungguhnya Syeikh Husain berkata: Aku mempunyai dua lautan di mana aku mengambil dari keduanya, yang pertama adalah lautan zahir, yaitu Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi, yang kedua : lautan batin, yaitu Syed Muhammad bin Alwi Al-Seggaf. Dan Allah telah mengumpulkan kedua lautan itu padamu untukku".
Pada tahun itu, wuquf di Arafah jatuh pada hari Jum'at, ramai penduduk Mekkah pada ketika itu yang datang kepadanya.
Ketika beliau sedang duduk di sebelah Hijir Isma'il beliau didatangi oleh Syarif Barakaat bin Muhammad, lalu meminta doa kepadanya agar permintaanya dikabulkan oleh Allah (tanpa memberitahu apakah hajatnya itu), maka Imam Al Haddad mendoakan untuknya.
Ketika Syarif Barakaat pergi, Imam Al-Haddad bertanya: "siapakah dia itu?"
Beliau diberitahu kalau dia adalah salah seorang besar di Mekkah. Lalu Imam Al-Haddad berkata: dia meminta untuk menjadi raja di Mekkah, dan Allah telah mengabulkan permintaanya. Syarif Barakaat dilantik menjadi pemimpin di Hijaz pada tahun 1082 H.
Pada hari Jum'at, 1 Muharram 1080 H, bertepatan dengan masuknya waktu sholat fajar, Imam Al-Haddad telah ditetapkan untuk menjadi Imam pada solat subuh di masjidil haram di Mekkah. Beliau membaca surah Al-Sajadah dan surat Al-Insan.
Imam Al-Haddad melangsungkan perjalanannya menuju kota Madinah Al Munawwarah. Telah diceritakan bahwa, beliau tidak tidur dalam perjalanan beliau menuju kota Madinah kecuali sedikit sekali, disebabkan kerinduan yang mendalam di dalam hatinya. Beliau mengungkapkan akan kerinduannya itu dalam syairnya:

يَلذّ لَناَ أنْ لاَ يلذّ لنا الكَرَى # لمّا خَالطَ الأرْوَاحَ مِنْ خَالِص الْحُبِّ

"Sungguh kami merasakan kenikmatan dimana kami tidak merasa nikmat dengan tidur, Ketika kemurnian cinta telah menyatu dengan ruh."
Ketika beliau menghampiri kota Madinah, beliau dapat mencium bau wangi serta merasakan adanya cahaya yang bersinar. Beliau mengungkapkan dalam syairnya:

فلما بلغـنا طيـبة وربـوعهـا # شممنا شذى يزري بعرف العنابر

وأشرقت الأنوار من كل جانـب # ولاح السنا من خير كل المقابر
مع الفجر وصلنا وافينا المدينة طاب من # صباح علينا بالسعادة سافر

Ketika kami sampai di Thaibah (Madinah), kami mencium bau sangat wangi, mengalahkan wangian-wangian anbar.
Cahaya menyinari segala penjuru, cahaya itu bersinar melalui kubur sebaik-baik manusia.
Bersamaan dengan waktu fajar, kami sampai ke Madinah, sungguh indah pagi itu bagi kami dengan kebahagiaan
Buku-buku Imam Al Haddad
Keistimewaan karya-karya Imam Al-Haddad adalah mudah difahami oleh semua kalangan, mengikut kefahaman masing-masing. Sehingga buku-buku beliau telah dicetak beberapa kali dan sudah diterjemahkan kepada beberapa bahasa. Di antara karangan-karangan beliau adalah:
1. 10 رسالة المذاكرة
2. آداب سلوك المريد
3. اتحاف السائل بأجوبة المسائل
4. النصائح الدينية والوصايا الإيماني11
5. رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة12
6. سبيل الادكار والاعتبار بما يمرّ بالإنسان من الأعمار
7. الدعوةالتامة والتذكرة العامة
8. الفصول العلمية والأصول الحكمية
9. النفائس العلوية في المسائل الصوفية
10. الحكم 13
11.المكاتبات 14
12.تثبيت الفؤاد بذكر مجالس القطب عبد الله الحداد
13. الدر المنظوم لذوي العقول والفهوم

Detik Wafatnya
Imam Al-Haddad meninggal dunia pada hari selasa 7 Dzul qi'dah 1132 H. putranya yang bernama Hasan yang merawat beliau ketika sakit. Habib Hasan menceritakan bahwa: Sesungguhnya Imam Al-Haddad dalam sakitnya banyak mengulangi hadis yang terakhir dalam Shahih Al-Bukhari, yaitu:

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ

ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Dua kalimat ringan di lisan, berat di timbangan, disenangi oleh Yang Maha Pengasih:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Beliau meninggal dunia pada 1/3 malam yang pertama, tak seorang pun yang mengetahui berita wafatnya kecuali di waktu pagi. Keadaan menjadi sangat memilukan karena ramai pengikutnya. Berduyun-duyun manusia datang untuk menghadiri pemakamannya.
Habib Hasan – putranya- dan Habib Omar bin Hamid adalah orang yang menangani pemandiannya. Sholat jenazah diimamkan oleh Habib Alwi – putranya- , dan dihadiri oleh lebih kurang dua puluh ribu (20,000) orang. Beliau di kebumikan bersamaan dengan terbenamnya matahari, oleh karena terlalu ramai manusia yang menghadiri jenazahnya.
Semoga Allah SWT menganugerahkan rahmat-Nya kepada Imam Al-Haddad, mengangkat derajatnya, memberikan keberkahan akan peninggalan-peninggalannya. Amiiin.
Penulis: Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid.
Catatan Kaki.
[1] Orang pertama yang bergelar Al-Haddad
[2] Bapak Saudara Al-Faqih Al- Muqaddam Muhammad bin Ali
[3] Sohib Mirbath ( yang tinggal di Mirbath- Oman)
[4] Khali'Qasam
[5] Kepada beliau nisbah keluarga Ba'alawi atau dikenal dengan sebutan Alawiyyin.
[6] Al-Muhajir ( berhijrah) bergelar gelaran itu kerana beliau berhirah dari irak ke Hadramaut dan menurunkan dzuryzt di sana.
[7] Al-Roomi
[8] Al-Naqib
[9] Al-'uraidhi ( nama kawasan berhampiran dengan kota Madinah)
[10] Buku ini adalah buku pertama yang di tulis oleh Imam Al Haddad
[11] Imam Al-Haddad berkata: telah berkata sebahagian Ulama' Al Haramain ketika membaca tulisan ini ( النصائح الدينية) : Buku ini adalah kandungannya sama dengan kitab Ihya'. Imam Al Haddad menjawab: Benar apa yang kamu katakan.
[12] . buk di tulis untuk memenuhi permintaan Habib Ahmad bin Hasyim, ketika meminta wasiat kepada Imam Al Haddad.
[13] . kandungan buku ini adalah kumpulan kata-kata hikmah. Buku ini telah di syarahkan oleh Al-Muhaddits Muhammad Hayah Al-Sanadi Al-Madani.
[14] Kumpulan surat-menyurat Imam Al Haddad kepada saudara-saudaranya, dan juga anak muridnya, dan nasehat-nasihat kepada sultan-sultan pada ketika itu.

Artikel Terkait

Komentar

Artikel Populer

Prahara Aleppo

French Foreign Minister Bernard Kouchner takes off a Jewish skull-cap, or Kippa, at the end of a visit to the Yad Vashem Holocaust Memorial in Jerusalem, Tuesday, Sept. 11, 2007. Kouchner is on an official visit to Israel and the Palestinian Territories. (AP Photo/Kevin Frayer) Eskalasi konflik di Aleppo beberapa hari terakhir diwarnai propaganda anti-rezim Suriah yang sangat masif, baik oleh media Barat, maupun oleh media-media “jihad” di Indonesia. Dan inilah mengapa kita (orang Indonesia) harus peduli: karena para propagandis Wahabi/takfiri seperti biasa, mengangkat isu “Syiah membantai Sunni” (lalu menyamakan saudara-saudara Syiah dengan PKI, karena itu harus dihancurkan, lalu diakhiri dengan “silahkan kirim sumbangan dana ke no rekening berikut ini”). Perilaku para propagandis perang itu sangat membahayakan kita (mereka berupaya mengimpor konflik Timteng ke Indonesia), dan untuk itulah penting bagi kita untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di Suriah. Tulisan i

Sholawat-Sholawat Pembuka Hijab

Dalam Islam sangat banyak para ulama-ulama sholihin yang bermimpi Rosululloh Shollallohu Alaihi Wasallam dan mendapatkan petunjuk atau isyarat untuk melakukan atau mengucapkan kalimat-kalimat tertentu (seperti dzikir, sholawat, doa dll ). Bahkan sebagian di antara mereka menerima redaksi sholawat langsung dari Rasulullah dengan ditalqin kata demi kata oleh Beliau saw. Maka jadilah sebuah susunan dzikir atau sholawat yg memiliki fadhilah/asror yg tak terhingga.  Dalam berbagai riwayat hadits dikatakan bahwa siapa pun yang bermimpi Nabi saw maka mimpi itu adalah sebuah kebenaran/kenyataan, dan sosok dalam mimpinya tersebut adalah benar-benar Nabi Muhammad saw. Karena setan tidak diizinkan oleh Alloh untuk menyerupai Nabi Muhammad saw. Beliau juga bersabda, "Barangsiapa yg melihatku dalam mimpi maka ia pasti melihatku dalam keadaan terjaga" ----------------------------- 1. SHOLAWAT JIBRIL ------------------------------ صَلَّى اللّٰهُ عَلٰى مُحَمَّدٍ SHOLLALLOOH 'ALAA MUHAMMA

ALASAN ALI MENUNDA QISHASH PEMBUNUH UTSMAN

Oleh :  Ahmad Syahrin Thoriq   1. Sebenarnya sebagian besar shahabat yang terlibat konflik dengan Ali khususnya, Zubeir dan Thalhah telah meraih kesepakatan dengannya dan mengetahui bahwa Ali akan menegakkan hukum qishash atas para pemberontak yang telah membunuh Utsman.  Namun akhirnya para shahabat tersebut berselisih pada sikap yang harus diambil selanjutnya. Sebagian besar dari mereka menginginkan agar segera diambil tindakan secepatnya. Sedangkan Ali memilih menunda hingga waktu yang dianggap tepat dan sesuai prosedur. 2. Sebab Ali menunda keputusan untuk menegakkan Qishash adalah karena beberapa pertimbangan, diantaranya : Pertama, para pelaku pembunuh Ustman adalah sekelompok orang dalam jumlah yang besar. Mereka kemudian berlindung di suku masing-masing atau mencari pengaruh agar selamat dari hukuman. Memanggil mereka untuk diadili sangat tidak mungkin. Jalan satu-satunya adalah dengan kekuatan. Dan Ali menilai memerangi mereka dalam kondisi negara sedang tidak stabil sudah pas

Amalan Pada Malam Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha

Nabi Muhammad ﷺ bersabda: عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه أن رسول ﷺ قال: “من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى لم يمت قلبه يوم تموت القلوب” رواه الطبراني في الكبير والأوسط. Dari Ubadah Ibn Shomit r.a. Sungguh Rosulullah ﷺ bersabda: "Barangsiapa menghidupkan malam Idul Fitri dan malam Idul Adlha, hatinya tidak akan mati, di hari matinya hati." ( HR.Thobaroni ) عن أبي أمامه رضي الله عنه عن النبي ﷺ قال : “من قام ليلتي العيدين محتسباً لم يمت قلبه يوم تموت القلوب”. وفي رواية “من أحيا” رواه ابن ماجه Dari Abi Umamah r.a, dari Nabi ﷺ, bersabda: Barangsiapa beribadah di dua malam Hari Raya dengan hanya mengharap ALLAH, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati. ( HR. Ibnu Majah ) Bagaimana cara menghidupkan dua Hari Raya itu? Telah disebutkan oleh Syaikh Abdul Hamid Al Qudsi, dengan mengamalkan beberapa amalan: 1. Syaikh Al Hafni berkata: Ukuran minimal menghidupkan malam bisa dengan Sholat Isya’ berjama’ah dan meniatkan diri untuk jama’ah Sholat Shubuh pada besoknya. Atau mempe

3 Ulama Paku Banten paling keramat yang masih hidup - Himayah atau Pemimpin Ulama di Tanah Banten

Forum Muslim - Banten merupakan provinsi Seribu Kyai Sejuta Santri. Tak heran jika nama Banten terkenal diseluruh Nusantara bahkan dunia Internasional. Sebab Ulama yang sangat masyhur bernama Syekh Nawawi AlBantani adalah asli kelahiran di Serang - Banten. Provinsi yang dikenal dengan seni debusnya ini disebut sebut memiliki paku atau penjaga yang sangat liar biasa. Berikut akan kami kupas 3 Ulama Paku Banten paling keramat yang masih hidup. 1. Abuya Syar'i Ciomas Banten Selain sebagai kyai terpandang, masyarakat ciomas juga meyakini Abuya Syar'i sebagai himayah atau penopang bumi banten. Ulama yang satu ini sangat jarang dikenali masyarakat Indonesia, bahkan orang banten sendiri masih banyak yang tak mengenalinya. Dikarnakan Beliau memang jarang sekali terlihat publik, kesehariannya hanya berdia di rumah dan menerima tamu yg datang sowan ke rumahnya untuk meminta doa dan barokah dari Beliau. Banyak santri - santrinya yang menyaksikan secara langsung karomah beliau. Beliau jug

Daun Pepaya Jepang, Aman Untuk Pakan Kambing di @kapurinjing

KH.MUNFASIR, Padarincang, Serang, Banten

Akhlaq seorang kyai yang takut memakai uang yang belum jelas  Kyai Laduni yang pantang meminta kepada makhluk Pesantren Beliau yang tanpa nama terletak di kaki bukit padarincang. Dulunya beliau seorang dosen IAIN di kota cirebon. Saat mendapatkan hidayah beliau hijrah kembali ke padarincang, beliau menjual seluruh harta bendanya untuk dibelikan sebidang sawah & membangun sepetak gubuk ijuk, dan sisa selebihnya beliau sumbangkan. Beliau pernah bercerita disaat krisis moneter, dimana keadaan sangatlah paceklik. Sampai sampai pada saat itu, -katanya- untuk makan satu biji telor saja harus dibagi 7. Pernah tiba tiba datanglah seseorang meminta doa padanya. Saat itu Beliau merasa tidak pantas mendoakan orang tersebut. Tapi orang tersebut tetap memaksa beliau yang pada akhirnya beliaupun mendoakan Alfatihah kepada orang tersebut. Saat berkehendak untuk pamit pulang, orang tersebut memberikan sebuah amplop yang berisi segepok uang. Sebulan kemudian orang tersebut kembali datang untuk memi

Abuya Syar'i Ciomas Banten

''Abuya Syar'i Ciomas(banten)" Abuya Syar'i Adalah Seorang Ulama Yg Sangat Sepuh. Menurut beliau sekarang beliau telah berrusia lebih dari 140 tahun. Sungguh sangat sepuh untuk ukuran manusia pada umumnya. Abuya Sar'i adalah salah satu murid dari syekh. Nawawi al bantani yg masih hidup. Beliau satu angkatan dengan kyai Hasyim asy'ary pendiri Nahdatul ulama. Dan juga beliau adalah pemilik asli dari golok ciomas yg terkenal itu. Beliau adalah ulama yg sangat sederhana dan bersahaja. Tapi walaupun begitu tapi ada saja tamu yg berkunjung ke kediamannya di ciomas banten. Beliau juga di yakini salah satu paku banten zaman sekarang. Beliau adalah kyai yg mempunyai banyak karomah. Salah satunya adalah menginjak usia 140 tahun tapi beliau masih sehat dan kuat fisiknya. Itulah sepenggal kisah dari salah satu ulama banten yg sangat berpengaruh dan juga kharismatik. Semoga beliau senantiasa diberi umur panjang dan sehat selalu Aaamiiin... (FM/ FB )

Kisah Siti Ummu Ayman RA Meminum Air Kencing Nabi Muhammad SAW

Di kitab Asy Syifa disebutkan bahwa Kanjeng Nabi Muhammad SAW punya pembantu rumah tangga perempuan bernama Siti Ummu Ayman RA. Dia biasanya membantu pekerjaan istri Kanjeng Nabi dan nginap di rumah Kanjeng Nabi. Dia bercerita satu pengalaman uniknya saat jadi pembantu Kanjeng Nabi. Kanjeng Nabi Muhammad itu punya kendi yang berfungsi sebagai pispot yang ditaruh di bawah ranjang. Saat di malam hari yang dingin, lalu ingin buang air kecil, Kanjeng Nabi buang air kecil di situ. Satu saat, kendi pispot tersebut hilang entah ke mana. Maka Kanjeng Nabi menanyakan kemana hilangnya kendi pispot itu pada Ummu Ayman. Ummu Ayman pun bercerita, satu malam, Ummu Ayman tiba-tiba terbangun karena kehausan. Dia mencari wadah air ke sana kemari. Lalu dia nemu satu kendi air di bawah ranjang Kanjeng Nabi SAW yang berisi air. Entah air apa itu, diminumlah isi kendi itu. Pokoknya minum dulu. Ternyata yang diambil adalah kendi pispot Kanjeng Nabi. Dan yang diminum adalah air seni Kanjeng Nabi yang ada dal

Mengelola Blog Wordpress dan Blogspot Melalui Ponsel

Di jaman gatget yang serba canggih ini, sekarang dasboard wordpress.com dan blogspot.com semakin mudah dikelola melalui ponsel. Namun pada settingan tertentu memang harus dilakukan melalui komputer seperti untuk mengedit themes atau template. Dan bagi kita yang sudah terbiasa "mobile" atau berada di lapangan maka kita bisa menerbitkan artikel kita ke blog wordpress.com melalui email yang ada di ponsel kita, so kita nggak usah kawatir.